//Anis Syafiqah ♥
Holla♥




Entries Owner Linkies Stuff

Hello. Assalammualaikum♥

Status ♥
Anis Syafiqah here. Please be nice to me. Thank you♥

KrikKrik♥

 Hamba Allah


Please be nice here
Put your URL blog NOT your email
Please respect me, thank you
HARSH word are not allowed



Credits♥

Template: Nurul AtiQah
Header: Izyan
Template full edit design: Anis Syafiqah
Others:    


Kuatkanlah hati ni.................

Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum.



"Ya Allah, jika dia jodoh ku, maka dekatkan lah hatiku dengan hatinya, satukan lah kami semula, dan bahagiakan lah kami hingga akhir hayat. Jika dia bukan jodoh ku, maka kau jauhkanlah dia dari hidupku, bantulah hambamu ini untuk melupakan dia dan kenangan2 kami ya Allah, sesungguhnya hambamu ni tak mampu." 

Harini 25 October 2013, kita dah 4 hari berpisah kan Ammar?......Setelah 9 bulan kita berkongsi segala suka dan duka kita..... "Mungkin bukan jodoh kita" Hm ye sukar untuk anis lupakan dia. Tapi apakan daya, hanya mampu berdoa, dan cuba perlahan-lahan untuk lupakan dia. 

"Move on Anis !" "Be strong" "InshaAllah kau akan jumpa orang yang lebih baik daripada dia Anis" Hmmm, manusia hanya mampu berkata-kata. Cuba kalau kau berada di tempatku, apakah yang kau lakukan? Adakah kau akan lakukan seperti apa yang aku lakukan? Mungkin ya.....

Jujur aku cakap bukan senang nak lupakan orang yang telah banyak sangat bagi kita kenangan. " "Jangan lupa kenangan kita ya sayang" . Awak, ingat tak ayat ni? Awak bagi kat saya masa kita tamatkan hubungan kita. Saya tak pernah lupa kenangan kita. Tapi saya terpaksa lupakan. Saya nak lupakan awak, saya nak lupakan hubungan ni, kalau lah diberi pilihan jujur saya nak hilang ingatan. Saya taknak ingat ni semua !!!!! 

Jujur saya sayang awak. Jujur saya cintakan awak. 9 bulan 16 hari awak kita bersama~ dah nak hampir setahun kan :') sukarnya ya Allah~ Kecewanya saya hanya Allah saja yang tahu apabila awak cakap yang awak..............sebab terpaksa :') adakah itu cara awak untuk tengok saya happy? Adakah itu cara yang terbaik untuk awak hilangkan sedih saya? Awak silap. Awak lagi kecewa kan saya ! Hmm. 

Ye saya tahu awak bahagiakan dengan perpisahan ini? Saya tumpang gembira :') bila lah saya nak gembira macam awak ye? Saya tunggu je masa bila lah saya nak happy macam dulu.......saya sayang awak, jujur :') hmm saya tahu salah dan silap saya yang menyebabkan kita putus. Maafkan anis ye....... Anis banyak tuduh awak, anis banyak bagi awak marah. Saya manusia biasa, yang sering melakukan kesilapan. Hm mungkin dugaan kita kan. 

Tak berhenti saya doa supaya awak bertemu jodoh yang terbaik , boleh jaga awak dan sayangkan awak lebih daripada saya sayangkan awak. InshaAllah. Jaga diri ye awak sebab lepasni saya dah boleh nak jagakan awak sayang. Saya sayang awak"

"Awak, rindu tak masa kita hang out sama2? Saya rindu nak dengar awak marah saya suruh saya makan cepat2. Saya rindu nak panggil awak "bie" . Saya rindu nak shopping sama2 dengan awak. Saya rindu nak merajuk dengan awak. Saya rindu nak tengok awak gelak. Saya rindu nak skype dengan awak. Saya rindu nak paksa awak bergambar. Saya rindu nak gaduh dengan awak. Awak ingat tak masa hari jadi awak, masa kat tuisyen tu, sebelum awak balik, awak kenyit mata kat saya? Ingat tak? Masa tu saya melting habis. Saya rindu semuanya sayang. Adakah senang untuk saya lupakan semua ni? Jika diberi pilihan, jujur saya nak kan hubungan ni semula. Awak lah cinta form 3 saya. Banyak sangat kenangan kan sayang :') Mungkin mengambil masa yang sangat lama untuk lupakan awak dan kenangan kita. 

Awak tahu kan sebelum kita berkenalan, saya crushkan awak? Awak tahu kan :') Dan sampai sekarang saya masih crushkan awak walaupun kita dah tiada apa2 hubungan. Baju yang awak hadiahkan dekat saya sempena hari jadi saya dan baju yang awak belikan masa hang out haritu, saya simpan baik2. Ada niat saya nak buang, tapi saya tahu kalau saya buang pun belum tentu saya boleh buangkan rasa sayang dan cinta saya dekat awak kan? Jadi lebih baik saya simpan dan wish birthday yang awak bagi kat saya tu saya masih tampal di almari baju saya. Bila saya buka almari, saya akan baca wish tu. Jujur saya rindu........hmmm bila lah saya nak dapat lupakan awak? :( Saya hari2 tengok gambar kita berdua. Hm rindu sangat2!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! "

Hmmmm ya Allah bantulah aku. Mungkin saya harus cuba perlahan-lahan kan. "Anis kuat, aku tahu kau boleh buat !" Hm kuat....kuat menangis :'(((((( hmmmm setiap malam saya menangis. Penatnya hanya Allah yang tahu. Mungkin ini kata-kata terakhir saya "Saya sayangkan awak. Jaga diri. Semoga bahagia" hmmm sampai sini sahaja yang saya mampu luahkan. 

*Maaf, post kalini agak panjang. Hehehe , terima kasih kerana sudi membaca , Assalammualaikum bye :')"