Holla♥ ![]() KrikKrik♥ ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Credits♥
| 29 May 2013 :*
Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum.
Hi semua :') harini anis nak post sesuatu. Ini cerita lama . Sebelum kitaorang break up :')
29 May 2013, tarikh hang out anis dengan ammar yang ke 3. Dah 3 kali kami keluar dating :3 Tapi kali ni kitaorang pergi time square. Sebab anis nak beli tudung dan baju . First anis pergi dengan kawan anis iaitu, nana bersama amier, ayu bersama hazuan dan syiqin single XD hahahaha. Ok anis pergi dengan dorang pukul 10.30 . Lepas beli token, pergi lah tunggu kat stesen lrt tu. Then train sampai, masuk lah . Lepastu nana dengan ayu berhenti dekat cheras nak ambil bf dorang ._. so pada masa itu anis dengan syiqin single . Hahahahaha, kitaorang terus pergi ts , malas nak tunggu hazuan dan amier. Then dah sampai kitaorang tolong belikan token untuk dorang sekali . Then ayu nana semua dah sampai, kitaorang gerak lah ts sama2. Anis dengan syiqin je lah menggila . Hahahaha. Ok then dah sampai ts , rupanya nana dengan amier merajuk . Alahai dua ekor keluar pun merajuk ke ? --' LOL hahahaha . Ok then kitaorang lepak kejap kat 7e sambil tunggu ammar yang lembab ni :3 Hahahaha. Lepastu dorang semua malas nak tunggu, dorang gerak wayang , tinggal anis sorang menunggu kekasih tercinta >_<
Then dia sampai . Lepastu terus gerak wayang . Anis , nana, ayu dan syiqin bincang lah nak tengok cerita apa, then nana cakap nak tengok Iron Man, anis pun ok je lah . Then ammar beratur beli tiket. Lepas beli tu , pergi kat tempat popcorn sebab masa tu pukul 11.40 dan wayang start pukul 11.50 . Alahai, kesian ammar tak sempat breakfast :/ then anis tunggu je nana , ayu , syiqin dekat tempat popcorn . Tetibe syiqin sms dia cakap dorang tengok "bikers kental" , perghhh ! Rasa macam nak terajang je dorang ni, tadi cakap ironman , tetibe tukar pulak then tak bagitahu . Grrrrr. Sokay lah :3 ok lepastu masuk wayang . Seat kitaorang betul2 depan screen. Boleh guling-guling lagi depan screen tu xD Hahahaha, sakit leher tu memang sure lah kan :( Ok then lepas tengok wayang tu, berkumpul dengan kawan anis . Bincang nak makan apa . Lepastu dorang ni bengap betul , nak berpecah pulak . Alahaiiiii, ok nana pergi dengan amier. Ayu mesti pergi dengan hazuan . Bila tang syiqin "Korang ni ! Menyesal aku ikut , wuaaaaa~" Lepastu anis gelak gila2 ahh, k kesian syiqin. Then syiqin terpaksa ikut ayu. Anis pergi dengan ammar , nak pergi MCD. Lepastu dia cakap nak jumpa kawan dia , anis pun ok lah . Setelah beberapa minit mencari kawan dia, akhirnya jumpa dia di famous amos .
Tengok2 ada kawan dia dan kakak angkat dia . Ok anis pun relax je . Lepastu anis berdiri kat famous amos tu , tetibe ammar datang cakap "nak makan dulu ke apa?" Anis jawab lah balik "Makan lah dulu" Lepastu dia pergi kat kawan dia , then dorang jalan ke mana pun tak tahu . Anis terkejut sebab ammar tinggalkan anis sorang2 kat situ. Ok terus takde mood masa tu, tetibe kakak angkat dia tarik tangan anis . Anis pun errr ok ikut je lah . Tetibe kakak angkat dia tanya "Anis form berapa?" Anis jawab lah "Form 3" then "U form berapa?" Dia jawab "Form 5" Ok lah kan tak sombong :3 Then senyap je kitaorang . Anis tengah bengang dengan ammar masa tu, rasa macam nak je cabut kasut then campak kan dia , tapi anis kena sabar gila masa tu :3 Ok lepastu dia masuk kedai "IShock" anis dah macam tunggul je sebab dia tak bagitahu anis nak pergi mana . Ok terus anis call kawan anis, memang lepas semua kat kawan anis . Menjerit2 anis, geram sangat >_< Ok lepastu dia keluar dia pergi kat anis, apa lagi buat2 merajuk ah :3 ok then dia cakap nak pergi MCD . Ok kitaorang pergi lah MCD . Lepastu tengok, alahai penuhnya . Then anis ajak pergi makan Hot & Roll. Emmm sedapnya *terliur* Ok then dah order, kitaorang pun duduk . Then bercakap2, lalalala then makan, dah habis terus gerak nak shopping !!!! XD Hohoho, kitaorang tawaf lah satu time square tu . Anis nak cari tudung bawal kangaroo, anis ingatkan ada kat kedai2 tudung . Ok cari , cari dan cari. Tak jumpa2 lagi >_< Lepastu dah penat , cari tempat duduk.
Ok then dah pukul 4.30 , kitaorang cari lagi tudung , masa tu dua2 tengah merajuk :3 sebab anis taknak ikut dia jumpa kawan dia kat ali mama . Hohoho, menyampah :b Ok then tetibe anis ternampak tudung tu , terus anis call kakak anis , then tanya dia nak tudung apa . Sebab kakak pun sebok nak jugak tudung :3 Ok then 20 minit pilih warna apa kan, lepastu bayar. Anis pusing belakang, tengok2 ammar tengah duduk . Ok anis pergi lah kat dia , lepastu dia pandang je muka anis -,- k nak pujuk lah tu . Hahahahaha. Lepastu kitaorang pun senyum2 lah kan, ok then ammar kata nak beli ice cream . Kitaorang pun pergi lah, tetibe anis nampak 1 baju tribal ni . K sangat cantik, terus anis pergi kat kedai tu . Then tengok2 , terus beli . Lepastu kitaorang pergi baskin robbin . Dia tengah pilih ice cream apa. Dia nak belikan untuk anis, tapi anis taknak tetibe kenyang masa tu. Tetibe anis nampak faris dengan kak alyn . Wauuu dating. Anis pun cakap2 lah dengan dorang. Then anis pergi dekat ammar, tetibe dia bagi ice cream "Chocolate Mint" kat anis . Ya Allah, bestnyaaaaaaa dah lama tak makan. K terpaksa makan jugak :3 then kitaorang duduk , alang2 tu bergambar sekali xD Hahahaha, then kawan anis sms, diorang cakap dorang dah ada kat train. Perghhh kelam kabut lah kitaorang ni . Lepastu anis suruh syiqin tunggu anis kat train. Then sampai kat depan ts , ammar cakap dia nak jumpa kawan dia , so anis terpaksa jalan dari ts ke train, ok tak kisah :") tetibe syiqin text, dia cakap dia terpaksa tinggalkan anis sebab ayah dia suruh balik awal . Pergh masa tu rasa nak menjerit je , takpe lah terpaksa balik sorang2. Anis sampai rumah pukul 5.30 . Alhamdulillah selamat sampai walaupun balik sorang2 :') Walaupun hati ni geram sebab kena balik sorang2 , tapi redha jugak. Hahahaha. Ok ni gambar kitaorang yang sempat kitaorang snap.
Gambar buruk , sebab tudung anis teruk sangat2 !!!!!! Ok lah thanks sebab sudi membaca . Bubbye. Assalammualaikum :')
|